Want your
own Fotopage?







 
Malayarchipelago

By: Malay Archipelago

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 23-Feb-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Project title : Kulim hi-tech Park

Boardroom
Boardroom 1
Reception Counter
View all 9 photos...
This is my project that have been given to me today. Enjoy !!!!!

Pc : Dell with Pentium 4 2.2. / windows xp home edition. / 1gigs ram / NVIDIA geforce display
Softwere : 3 max 5.1 / auto cad R14.
Material : Floor ( Carpet ) Wall ( Laminate Finishing , spray paint , stain glass , perforated paneling )

Counter / boardroom table ( Maple Chipboard ),

Ceiling ( 2 x 4 ceiling panel )

kerja apa nie? interior design ke?

p/s wahhh.. looking good.. lagu pun jiwang
Wed 23-Feb-2005 11:45
Posted by:sheems  - [Link]
huh.. cepat seh tukar lagu. Student la.. tgh belajar Wed 23-Feb-2005 21:33
Posted by:sheems  - [Link]
takut seih......camner nak capai tahap cam abg kapoktunnnn!!!!!!!!!! Thu 3-Mar-2005 03:34
Posted by:typhoon
View all 6 comments Add comment


Tuesday, 22-Feb-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kisah-kisah Sejarah Bota

Ikan Tapah
Hajah Hasmah Bt Pandak Logam
Tempayan berisi air Emas Kerongsang Ikan Tapah
View all 5 photos...
SEJARAH KAMPUNG TUA

Sebuah kampung yang terletak di tengah perjalanan diantara Pekan Bota Kanan ke Pekan Baru Kampung Gajah.

Jarak antara Pekan Bota Kanan ke Kampung Tua, Batu 16 ialah 8 km dan dari Pekan Baru Kampung Gajah ialah 12km. Kampung Tua merupakan sebuah perkampungan Melayu yang tertua didalam Mukim Lambor Kanan. Ini adalah dipercayai bahawa bermulanya sejarah pembentukan kampung ini oleh Sultan Muzaffar Shah (1). Mempunyai bilangan penduduk seramai 850 orang yang terdiri daripada bangsa Melayu yang menjalankan aktiviti pertanian, bekerja disektor Kerajaan dan Swasta.


ASAL NAMA KAMPUNG TUA

Sekembalinya rombongan Pembesar Perak yang diketuai oleh Tun Saban dan Nakhoda Kasim dari Sumatera bersama-sama Duli Yang Maha Mulia Sultan Muzafar Shah Pertama yang dijemput menjadi pemerintah Negeri Perak yang pada ketika itu tiada mempunyai Raja. Didalam perjalanan modek melalui Sungai Perak dari Betin Beras Basah untuk mencari tempat tempat bersemayam, Baginda telah mengenal pasti suatu tempat yang didiamai beberapa keluarga . Baginda telah memberhentikan perjalanan dan mendarat ditebing Sungai Perak dan menamakan tempat tersebut sebagai Kampung Tua.


LAGENDA IKAN TAPAH

Lagenda Ikan Tapah ini adalah kepercayaan orang-orang terdahulu yang mana menyatakan bahawa keturunan Pak Kaduk tidak boleh menganiaya, memakan atau mengkianati secara sengaja atau tidak sengaja


Asal Yang Empunya Cerita

Cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang Ikan Tapah, beliau dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usia 90 tahun.


Bermulanya Kisah

Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan.


Si Kaduk

Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat baru, akhirnya telah sampai ke satu tempat di tepi Sungai Perak bernama Lambor (Menurut cerita mulut Pandak Logam) di Kampung Pulau, Lambor Kiri, di sana Kaduk diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya dijodohkan dengan seorang gadis kampung dan menetap beberapa lama di sana (Kampung Pulau Lambor Kiri). Kaduk mempunyai kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan menyabung ayam. Adapun menyabung ayam adalah satu permainan yang amat digemarinya.


Ayam

Pada suatu hari Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur ayam dan meletakkannya di atas tanah berhampiran rumahnya, kemudian ular tersebut pun berundur dan menghilangkan diri. Kaduk pun mengambil telur tersebut dan dieramkan oleh ayamnya. Telur tersebut akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Biring Si Kunani.

Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam Kaduk. Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Kaduk menerima apa juga syarat yang dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam.


Pertarungan Ayam

Berita kehebatan ayam sabungan Kaduk mendapat perhatian daripada Sultan, lalu baginda mencabar Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh Sultan. Syarat-syaratnya ialah:

Ayam Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata

Pertaruhannya adalah kampung halaman dan isi rumahnya
Dan di pihak Sultan pula:

Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri jika ayam Sultan kalah.

Tanpa berfikir panjang Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama tidak menyabung ayam.


Kekalahan

Sebagaimana yang dijangkakan pada peringkat awal, ayam Kaduk yang ditukarkan dengan Sultan telah menang. Kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang, tetapi dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Sultan. Setelah pengumuman dibuat baru lah Kaduk sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Sultan.

Maka dengan berpegang pada janji dan syarat penyabungan Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak

Hajah Hasmah Bt Pandak Logam pemegang amanah Emas Kerongsang Ikan Tapah

perempuannya kepada Sultan, hanya yang tinggal pada Kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana masa Sultan mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik Sultan.


Kaduk pun berundur ke sebuah pulau (Pulau adalah satu tempat di tepi tebing Sungai Perak dimana orang menanam padi Huma) bersama kucingnya dan tinggal di sebuah dangau. Sambil Kaduk memikirkan masa hadapannya kucing itu datang sambil mengiau-ngiau dan mengigit kaki kaduk seakan memberitahu sesuatu, puas juga dihalau kucing tersebut tetap juga begitu.

Kaduk pun mengikut kucing tersebut ke tepi tebing sungai, apa yang didapatinya ialah seekor ikan tapah yang besar, Kaduk pun berlari ke dangau dan mengambil mata tuai yang terselit di celah atap lalu dibelahnya perut ikan tapah tersebut dan keluarlah emas dengan banyaknya. Kaduk bersyukur dan beranggapan itu adalah rezeki daripada Tuhan.


Sumpah

Maka Kaduk pun menjahit perut ikan Tapah tersebut dengan menggunakan jarum patah dan berbenangkan urat batang pisang lalu melepaskan ikan itu semula ke dalam sungai. Semasa inilah Kaduk melafazkan sumpahnya yang berbunyi:

Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya.

Ikan Tapah itu terus menyelam dan timbul sekali seolah mengucap selamat tinggal dan kemudiannya hilang ke dalam air.


Tebus

Kaduk pun pergilah mengadap Sultan dan menebus kampung halamannya dan anak isterinya, dan bakinya sebahagian disimpan untuk menyara hidupnya dan sebahagian lagi dibawa ke Kampar untuk dijadikan barangan perhiasan, kerana di zaman itu tukang emas hanya berada di Kampar Sumatera sahaja.

Kepada anak cucu Kaduk, sebagaimana disebut dalam sumpahannya dan telah terkena penyakit yang disebutkan kerana memakan, mengkhianat secara sengaja atau tidak sengaja, terkena air-air dari Ikan Tapah maka ubatnya ialah dengan menyapu atau meminum air yang direndam Kerongsang Emas Tapah sebagai penawar bisa sumpahan tersebut. Adalah difahamkan bahawa ada keturunan Kaduk yang tidak boleh melintasi asap masakan isteri jika yang dimasak itu adalah ikan Tapah.

Setelah segala nya selesai Kaduk tidak menyabung lagi dan hiduplah Kaduk dalam aman damai dan sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Allah serta melakukan amal ibadah dengan taatnya sehingga berlaku perkara-perkara luar biasa. Diantaranya Sultan Perak melantik Kaduk menjadi Orang Besar Jajahan yang membawa gelaran Tok Tua Sakti yang mana tugasnya memberi nasihat dan tujuk ajar kepada Datok Bendahara Garang mengenai selok belok tempat di Aceh dalam usaha membawa pulang Puteri Limau Purut dari Istana Aceh sebagaimana dalam kisah Megat Terawis

Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas Ikan Tapah yang masih ada, ianya berbentuk Empat Segi Iris Wajik digunakan sebagai Keronsang baju wanita. Jumlah yang ada sekarang ialah sebanyak tiga keping dan ini lah digunakan sebagai penawar kepada cucu atau keturunan Kaduk jika terkena bisa Ikan tapah.

Sekarang Emas Kerongsang Ikan Tapah di jaga oleh salah seorang keturunan Pak Kaduk yang bernama Hajah Hasmah Binti Pandak Logam yang kini tinggal di Kampung Tua, Batu 16, Lambor Kanan.

_______________________________________________________________________________________

Rumah Tertua

Rumah ini terletak di Kampung Tua, Batu 16. Lambor Kanan dan telah dibina pada tahun 1897 oleh Tuan Haji Mohd Said. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1971 ketika berumur 120 tahun.


Terletak di tepi tebing Sungai Perak di Kampung Tua Batu 16 Lambor Kanan. Rumah ini sekarang diduduki oleh anak Mohd Said yang bernama Zulaika binti Mohamad Said.


Pada peringkat permulaan pembinaan rumah ini, semua kayu digunakan daripada jenis Cengal Emas yang mana setiap tiang, dinding, tingkap dan semua nya dipotong dan dibentuk dengan menggunakan peralatan seperti beliung, kapak dan gergaji.

Ini satu lagi riwayat yang dicatat oleh orang Lambor Kiri
Satu lagi riwayat yang lain tetapi harus berlaku bukan di masa pemerentahan Al-Marhum Sultan Muzzaffar Shah tetapi terjadi di negeri ini jua tempoh hari ialah pada satu masa Orang Besar negeri Kedah daripada sebelah utara jua telah datang ke Perak hendak mencari sebab atau punca hendak melanggar dan menaklukkan negeri Perak. Mereka telah jua disambut dengan cara aman oleh itu mereka pihak Orang-orang Besar negeri Kedah itu tidak dapat menyalahkan apa-apa untuk mencari sebab atau punca perselisihan. Pda akhirnya mereka bertanya “di antara Gunung Jerai di Negeri Kedah dan Gunung Kerbau di negeri Perak yang mana lebih tinggi?” Soalan itu telah ternampak kepada Orang-orang Besar Perak iaitu jika mereka menjawab Gunung Kerbau lebih tinggi sebagaimana sebenarnya akan tentu jadi punca peperangan sebagaimana tujuan mereka Orang-orang Besar dan hulubalang daripada negeri Kedah itu, oleh itu mereka menjawab dengan muka yang manis ‘mana boleh lawan tinggi Gunung Jerai di negeri Kedah tetapi kami lawan Gunung Kerbau lebih panjang daripada Gunung Jerai dan dengan itu tidaklah jadi punca pergaduhan atau peperangan oleh itu Orang-orang Besar daripada negeri Kedah serta pengikut-pengikut merekapun kembalilah balik ke negeri mereka dengan cara persehabatan yang erat.
Thu 24-Dec-2009 05:54
Posted by:kmy
Satu catatan yang dijumpai
Kampung Pasir Garam namanya yang sekarang terletak di dalam Mukim Pulau Tiga, Jajahan Hilir Perak. Daripada satu riwayat orang tua-tua dahulu di zaman perbakala Pasir Garam di masa itu asalnya terletak ditepi laut (tempat membuat garam) di pantai Selat Melaka. Pantun-pantun seloka orang-orang dahulu di dalam cerita Nakhoda Mat Wain, pasir itu adalah panjangnya sejauh tiga hari tiga malam berdayung sampan. Mereka cukup pandai cerita dan pantun-pantun seloka Nakhoda Mat Wain tetapi malangnya tidak siapapun yang diketahui ada mengambil ingatan atau menulis ingatan pantun-pantun seloka itu. Oleh itu pantun-pantun itu telah lenyap hilang begitu sahaja.
Sun 3-Jan-2010 15:51
Posted by:kmy
Orang-orang lambor kiri memang terkenal seperti - datok latif mat lazim , sulaiman bulon datok sri jalaludin abdul rahim (sahabat rapat sultan azlan shah)
abdullah CD maseh hidup (sila lihat you tube)PKM. dll. mereka semua dari salalilah Panjang Ogek.
Mon 4-Jan-2010 22:44
Posted by:alang dan kulop sandralawa@gmail.com
View all 272 comments Add comment


Monday, 21-Feb-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Hari ke-2 di Bota Perak / parit

Selamat datang Ke Bota kiri
Masjid Parit
An Evening In Parit
View all 11 photos...
Taman Chempaka Sari

Taman rekreasi yang tenang dan damai ini merupakan sebuah kawasan yang subur dengan udaranya yang nyaman dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau. Terletak di tebing Sungai Perak, ia meliputi kawasan seluas sebuah pulau sungai dan merupakan tempat yang sering diadakan pesta ria, aktiviti sukan air dan perkelahan serta rekreasi. Pulau yang digelar sebagai Pulau Chempaka Sari ini, merupakan sebuah kawasan hutan kayu yang sentiasa redup dari sinaran matahari. Terdapat juga sebuah model rumah melayu tradisional yang dipanggil Rumah Kutai untuk dikunjungi di pulau tersebut.

Tapah

Dailog 1 ( Ali setan )

(Tompang lalu... kakak mau pergi mana.., Tapah Road..... sakit perut...Makan kacang..bukan sakit perut.. tapah road.. Oh tapah road.... saya ingat sakit perut...)

Teman dengo di Parit ni udah ade beh balik, ade satu, jadi lei. Tapi teman nenguk uzo jugei behnyei. Dengo critei meletup taya nyei kat Lambo minggu lepeh. Nasib tak tumpo semuei . Pun yei pun nan nganti baghu le sikit yopppp. Tak ade gading tanduk pun begunei Tue 21-Feb-2006 10:58
Posted by:Capei padin1975@yahoo.com
teksi embi tu klasik weh....wlpn rupe udah nak patah, tapi tetap berjase pada rakyat...teruatama teluk bakong Wed 19-Sep-2007 08:02
Posted by:kubung kubung_79@yahoo.com.my
ate yop ape cerite org kg paloh yop Thu 17-Jul-2008 18:27
Posted by:amri amri@telokbakong.com
View all 12 comments Add comment


Sunday, 20-Feb-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Selamat Datang Ke Teluk Bakong

Tampak Hadapan
Tampak Sisi Kanan
Tampak sisi Kiri
View all 4 photos...



Berikut adalah coretan perjalanan aku ke kampung Aku. Rumah yg hampir usang dimamah waktu, tidak terbela nasibnya oleh pakcik dan makcik aku yg mana ketika mereka kecil... rumah inilah tempat mereka berlindung sejak zaman british - zaman jepun - Zaman - merdeka. Sebelum rumah ini menjadi sejarah kehilanganya... ada baiknya aku mengabadikan rumah ini di sini untuk tatapan seluruh ganerasi kami.. bermula dari Atuk-nenek hingga cucu-cicit - piut-miut dan seterusnya... agar mereka dapat melihat rumah yg telah berbakti pada salasiah keluarga mereka. Walau pun rumah ini tidaklah besar jasanya kepada bumi malaysia yg melayakan ianya di letakan di dalam muzium, namun jasanya tetap tidak ternilai kepada kaum keluarga kami... Tatapilah rumah kecil ini.

Al-fatihah Buat ( Sam bin Pandak Jabar & Che Nah bt Kulop Jobin ) Empunya rumah ini.... semoga rohnya di cucuri rahmat... Amin..

ini mike kenal ni......
ini romah midah,kadap ckit rumah mike le
Wed 16-Sep-2009 01:43
Posted by:cucu Jun tukang gunting yeop_30@ymail.com
ooo..ate aku pun nak joint labun ni...rase cam duk-duk kat kampung dulu2 lak.. Fri 9-Oct-2009 04:12
Posted by:ngahramat mhmdang_pab@yahoo.com
ooo...budak2 telok bakong..rope2nyer ramai yg dah x jumpe sangat..masing2 dah berkeluarga ngan merantau ni.. Fri 9-Oct-2009 04:15
Posted by:ngahramat mhmdang_pab@yahoo.com
View all 70 comments Add comment


Monday, 14-Feb-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Poiii Momancing @Port Dickson

Semak depan Rumah
Welcome to Port DickSon
Jeti Memancing
View all 11 photos...
Blues Gang

Apo Nak Dikato

( 1 )
Poi pokan naik basika
Tongah haghi tongah paneh
Apo dayo motong gotah
Apo nak dikato
Kalau boleh nak jadi cikgu sekolah
Kek Kolo Pilah

Sawah leba kobau banyak
Air pigi sojuk sekali
Sunyi sopi takdo oghang
Apo nak dikato
Kalau boleh nak bising-bising
Macam pokan Tampin

Tanak nasik bogheh kampong
Masak lomak cili (lado) api
Mesen padi takdo lai
Apo nak dikato
Ramai oghang dah kojo kilang
Kek pokan Seghomban

( roll )

Batu Ompek Toluk Komang
Tompek oghang mandi mando
Aghi minggu ponoh sosak
Apo nak dikato
Air laut bertambah masin
Kek pokan Port Dickson

( ulang 1 )


Pengenalan

Daerah Port Dickson merupakan daerah yang kedua terkecil di antara 7 daerah yang lain di Negeri Sembilan. Keluasan Daerah Port Dickson ialah 572.63 kilometer persegi. Kedudukannya di sebelah Barat Negeri Sembilan bersempadan dengan Daerah Seremban di sebelah utara dan Rembau di sebelah timur. Sungai Sepang memisahkan daerah ini dengan Negeri Selangor di sebelah barat dan Sungai Linggi memisahkannya dengan Negeri Melaka di sebelah selatan. Port Dickson terletak lebih kurang 38 kilometer dari KLIA dan perjalanan dengan kereta ke KLIA hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Daerah Port Dickson merupakan satu-satunya daerah dalam Negeri Sembilan yang berhadapan dengan Selat Melaka dan mempunyai kawasan pantai sepanjang 54 kilometer.

Port Dickson mempunyai 5 buah mukim iaitu Mukim Jimah, Linggi, Pasir Panjang, SiRusa dan Mukim Port Dickson. Mukim yang terbesar adalah Mukim Linggi dengan keluasan 176 kilometer persegi diikuti dengan Mukim Jimah seluas 171 kilometer persegi.

Mengikut banci tahun 1990 penduduk di Port Dickson adalah seramai 101,770 orang.


Sejarah Ringkas Port Dickson

Sebelum tahun 1889, orang Melayu mengenali Port Dickson ini sebagai 'TANJUNG' sementara orang Cina pula menggelarkan Port Dickson sebagai 'ALANG' atau 'ARANG'. Ini kerana dalam tahun 80'an, Pulau Arang iaitu sebuah pulau kecil di hadapan pekan Port Dickson merupakan sebuah pusat pembuatan arang kayu yang dibawa dengan tongkang dari Sumatera, Indonesia.

Pada abad 19, adanya campur tangan dari pihak British, Seremban (dahulunya dikenali sebagai Sungai Ujong) telah dijadikan ibu negeri. Setiausaha Negeri Melayu Bersekutu tahun 1890 Sir John Frederick Dickson telah mencadangkan supaya laluan kereta api dibina antara Sungai Ujong dan Pulau Arang. Ini bertujuan untuk mempermudahkan pengangkutan barang-barang terutamanya beras, ubi kayu, lada hitam dan arang. Laluan kereta api ini telah siap dibina dalam tahun 1889.

Dengan adanya kemudahan pengangkutan darat yang baik ketika itu, sekitar tahun 1890, terdapat lebih kurang 600 buah kapal berlabuh untuk penghantaran barang ke Sungai Ujong. Dalam tahun 1894 sebuah pejabat Kastam dan Imigeresen telah dibina. Dalam tahun 1895 pula sebuah Hospital Daerah telah disiapkan.

Dengan perkembangan perlabuhan ini, penghargaan telah diberi kepada Sir John Frederick Dickson dengan mengambil sempena nama beliau.

memancing best best.. Tue 15-Feb-2005 15:00
Posted by:ombak jahat  - [Link]
Fri 15-Jul-2005 11:15
Posted by:shahrul kamil
mana u dapat history port dickson ni...
i nak laa... nak buat i punye research..
Fri 15-Jul-2005 11:16
Posted by:shahrul kamil shahrulkamil@yahoo.com.my
View all 4 comments Add comment


Sunday, 13-Feb-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Sure Heboh @Seremban

Misteri Nusantara
Permainan Kanak-kanak
Pentas Utama
View all 13 photos...
Profile / Sejarah

Bermulanya Penempatan di Seremban

Bandar Seremban muncul sepertimana bandar-bandar lain di negara ini iaitu disekitar tahun 1870-an dan dipercayai bermula apabila kawasan disekitar Rasah didapati kaya dengan hasil bumi iaitu bijih timah. Apabila ianya mengalami kemasukan penduduk (migrasi) yang pesat terdiri dari orang-orang Cina, Arab dan juga bangsa Melayu dari tempat lain. Seremban bukan sahaja menjadi pusat melombong bijih timah tetapi juga pusat perdagangan. Peniaga-peniaga pada masa itu menggunakan Sungai Linggi sebagai laluan pengangkutan perdagangan mereka manakala penduduk Melayu tempatan dikawasan ini kebanyakannya adalah petani.
Pihak penjajah Inggeris mengambil kesempatan untuk mula campurtangan diatas pergolakan peperangan yang berpunca dari perebutan hak dan kawasan perlombongan bijih timah diantara Dato' Kelana dan Dato` Shahbandar. Ini telah memberi ruang kepada Inggeris menempatkan kuasa dengan melantik Residen pertamanya Kapten Murray dimana residensinya didirikan di Jalan Channer (Jalan Dato`Siamang Gagap). Bermula dari detik itu penduduk-penduduk Rasah mendirikan penempatan mereka di sekitar Jalan Channer kerana mereka merasakan tinggal dikawasan yang mempunyai undang-undang dan peraturan Inggeris selamat dan meyakinkan.

Asal Usul Nama Seremban

Berikutan dari peristiwa diatas, maka muncul deretan kedai di sepanjang Jalan Murray (Jalan Kapitan Tam Yeong), Jalan Pasar dan jalan-jalan utama seperti di Jalan Paul (Jalan Yam Tuan) dan Jalan Birch (Jalan Dato` Bandar Tunggal) yang mana semua nama-nama jalan ini mengambil sempena nama Residen-Residen British ketika itu. Seremban yang awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong dipercayai mendapat namanya dari permainan tradisional " Sarimban " yakni sejenis permainan yang menggunakan batu-batu kecil dan amat diminati oleh kaum Cina untuk dimainkan dimasa lapang berhampiran dengan Stesen Keretapi Seremban.

Apabila Negeri Sembilan telah menjadi anggota Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896, Seremban dengan sendirinya menjadi pusat pentadbiran, perdagangan dan pertanian bagi Negeri Sembilan. Seremban dianggarkan pada waktu itu (1916) memiliki penduduk seramai 20,000 orang dimana deretan bangunan kedai telahpun mula dibina disepanjang Jalan Paul, Jalan Birch, Jalan Cameron (Jalan Dato` Lee Fong Yee) dan Jalan Setul (Jalan Tun Dr. Ismail).



i want to wish the same thing..welcome to FP..... Tue 15-Feb-2005 14:12
Posted by:ann  - [Link]
good luck 2 u n hepi go lucky lama x pegi seremban Fri 29-Feb-2008 11:56
Posted by:nina ninald_93@yahoo.com
HAI Tue 11-Mar-2008 03:19
Posted by:NOT
View all 6 comments Add comment


Friday, 6-Feb-2004 01:37 Email | Share | | Bookmark

Chempaka Batrisyia
cHempaka Batrisyia

Care to comment?


[<<  <  1  2  3  4  [5]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.